topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

Bulimia Nervosa

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan

Seperti Anorexia Nervosa, penyakit bulimia adalah penyakit psikiatri yang dialami oleh majoritinya kaum wanita (95%) terutamanya yang masih muda dan remaja.  Pesakit biasanya tidak kurus (tidak seperti anorexia) dan berat badan mereka biasanya hanya sedikit berlebihan. Ciri-ciri utamanya adalah pesakit mempunyai tabiat makan yang berlebihan diikuti dengan perbuatan mengeluarkan semula makanan tersebut dengan cara memuntahkan diri ataupun menggunakan ubat pelawas (julap).

bullet.gif (2533 bytes) Punca Penyakit

Tidak terdapat punca yang boleh dikesan secara pemeriksaan perubatan. Ianya adalah gabungan 'kehendak masyarakat' dan kecenderungan individu. Umumnya masyarakat menganggap wanita yang berbadan kurus lansing menarik perhatian dan lebih berjaya di dalam kerjaya (didebatkan). Wanita 'slim' juga lebih banyak mempunyai pilihan pakaian yang bersesuaian dan menarik dan merekalah yang biasanya dipilih untuk menjadi model-model pakaian didalam majalah-majalah untuk wanita, penghias kulit muka majalah, model alat solek kecantikan, personaliti TV dan kerjaya yang banyak berhubungan dengan masyarakat (public relation).

Ini adalah masalah masyarakat, bukannya semata-mata pihak media. Puncanya adalah kerana masyarakat menyukai majalah/media TV yang menonjolkan wanita berbadan kurus dan penjualan akhbar/majalah/tontonan media akan meningkat dengan penampilan sedemikian. Jadi semakin banyak ahli masyarakat akan akan terdedah kepada persepsi 'kurus-menarik' ini. Kitaran ini akan terus menerus berlaku dan saling menguatkan diantara satu sama lain dan amatlah sukar untuk menyekatnya.

Pesakit takut akan 'tidak diendahkan' dan takut kehilangan tumpuan keluarga dan masyarakat jadi mereka akan berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs)

* menunjukkan tanda-tanda penting.

  • Binge eating *- iaitu episod memakan tanpa kawalan untuk seketika. Kekerapan perlakuan tersebut  berubah-ubah daripada sekali sehingga berpuluh kali seminggu. Semasa ianya berlaku pesakit akan memakan apa sahaja sesuka hati tanpa rasa bimbang.
  • Cuba membuang kembali segala yang sudah dimakan*. Cara yang paling utama adalah memuntahkan diri. Cara lain adalah menggunakan ubat pelawas dan melakukan senaman secara berlebihan.
  • Amat-amat menjaga/bimbang tentang berat badan*. Contohnya selalu mengukur berat badan dan mudah melenting jikalau dikatakan 'gemuk'.
  • Berat badan tidak kurang dari 85% dari berat sepatutnya*. (jikalau kurang dari peratusan ini, dan jika pesakit mempunyai tanda-tanda lain mereka dirujuk sebagai pesakit anorexia nervosa)
  • Pada bahagian belakang tangan pesakit mungkin terdapat kesan kehitaman akibat dari geseran berulangan kepada gigi depan semasa menjolok kerongkong untuk muntah. Ini berlaku dalamasa yang lama.

bullet.gif (2533 bytes) Komplikasi (complication)

  • Degupan jantung tidak sekata (escape rhythm). Contohnya jika degupan sepatutnya berlaku setiap saat, ianya akan melangkau setiap 4 saat iaitu saat yang keempat ia tidak berdegup. Ini disebabkan oleh proses memuntahkan diri melupuskan kandungan penting zat galian dalam badan terutamanya K+ (hypokalaemia). Walaupun tidak terdapat laporan kematian diakibatkan oleh perbuatan ini, ianya jelas merbahaya jika berlaku secara berterusan.
  • Hakisan gigi - boleh menyebabkannya berlubang dengan mudah. Ini kerana muntah pesakit mengandungi asid perut yang kuat menghakis gigi. Pesakit juga mudah mendapat inflamasi gusi (gingivitis).
  • Kemungkinan-kemungkinan lain adalah muntah berdarah, kepecahan didalam perut, bengkak pipi (dibahagian kelenjar liur) dan terkena 'sawan'. Kesemuanya disebabkan muntah berlebihan.
  • Jikalau pesakit menggunakan ubat khas untuk muntah, kesan sampingan ubat tersebut akan terkumpul dan merbahaya kepada kesihatan.

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan

Rawatan daripada pakar psikiatri diperlukan. Ini adalah penting untuk mengembalikan keyakinan diri, mencungkil kebolehan sebenar pesakit dan menghilangkan perasaan rendah diri. Selain dari itu sokongan keluarga dan teman-teman amat diperlukan. Pesakit perlu diyakinkan bahawa kualiti sesuatu individu dan kejayaannya adalah hasil kekuatan, ketekunan dan usaha dirinya, bukannya semata-mata bentuk badan yang kurus.

Ubat tekanan jiwa (antidepressant) hanya digunakan jika pesakit mengalami masalah tekanan jiwa.

Rawatan masyarakat iaitu mengubah persepsi umum 'kurus-menarik' adalah amat sukar untuk dilaksanakan.

 

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved