topdeco.gif (2357 bytes)mainpg.jpg (1582 bytes)istilah.jpg (1485 bytes)plan.jpg (1430 bytes)topdeco.gif (2357 bytes)
https://members.tripod.com/~ukleeds
ainix.gif (2443 bytes)Online Medicine
 Sebelum meneruskan pembacaan halaman ini pembaca dimestikan bersetuju dengan kenyataan Disclaimer

horzline.gif (1534 bytes)

 

Perhatian!!

Kami sudah berpindah ke www.ainix.com

Silalah berkunjung ke server baru kami di sana.


Attention !!

We have moved to www.ainix.com

Welcome to our new server.

 Syphilis

bullet.gif (2533 bytes) Pendahuluan.

    Syphilis adalah salah satu penyakit yang berjangkit melalui hubungan sex. Cara-cara jangkitan lain juga boleh berlaku iaitu secara ibu ke bayi, ciuman dan secara sentuhan terus. Tanda-tanda boleh timbul lama setelah pesakit dijangkati iaitu sehingga 100 hari.

bullet.gif (2533 bytes) Punca penyakit.

    Ianya disebabkan oleh organisma yang aktif bergerak yang dinamakan Treponema Pallidum. Ia merebak secara hubungan sex (cara utama) dan juga secara sentuhan terus melalui cawan,sudu, tuala, katil dan apa-apa barangan yang telah digunakan oleh pesakit.

    Cara jangkitan lain ialah dari ibu yang mengandung kepada bayinya. Simptom timbul diantara 2-6 minggu selepas kelahiran. Hidung bayi menjadi berair, kudis timbul pada badan dan bayi sukar untuk membesar.

bullet.gif (2533 bytes) Tanda-tanda (symptoms & signs).

    Kebiasaannya terdapat tiga peringkat:-

    Peringkat pertama

      Pada tempat jangkitan (contohnya kemaluan) kulit menjadi berkudis, pecah dan pada bahagian bawah dan sekelilingnya ia menjadi keras. Kudis ini tidak menyebabkan kesakitan tetapi ianya sukar untuk diubati. Saiz kudis berubah-ubah daripada yang besar sehingga kepada yang kecil sehingga ianya tidak disedari.

    Peringkat kedua

      Setelah lebihkurang dua bulan, simptom seperti demam biasa muncul diikuti dengan hilang selera makan, sakit sengal sengal seluruh badan dan biji-biji kemerahan timbul pada bahagian dada. Pesakit juga mendapat sakit kerongkong, kudis di dalam mulut dan keletihan. Peringkat ini boleh berlanjutan sehingga bertahun-tahun lamanya.
       

    Peringkat ketiga

      Ketulan-ketulan keras (gummas) timbul pada kulit (kadang-kadang berkudis), otot dan pada tulang. Ia juga boleh tumbuh pada otak dan juga saraf tulang belakang dimana ia boleh menyebabkan kesan yang serius. Seterusnya ia boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti:-

      • Penyakit salur darah mengelembung (aneurysm), penyakit injap jantung, dan sait-sakit lain yang berkaitan dengan jantung.
      • Lumpuh, meningitis, seranyan seperti sawan,hilang deria sentuhan, penyakit anak mata dll.
      • Masalah-masalah penyakit jiwa

bullet.gif (2533 bytes) Rawatan.

    Antibiotik yang biasa digunakan adalah penicillin. Kesemua pesakit (serius atau tidak) perlu mendapatkan rawatan lengkap kerana penyakit ini amat mudah berjangkit dan kuman tersebut boleh berada di dalam badan untuk jangkawaktu yang lama.

    Darah pesakit yang sudah sembuh mesti diperiksa setiap 2 tahun sekali untuk memastikan kuman tersebut benar-benar telah terhapus.

bullet.gif (2533 bytes) Ramalan (Prognosis).

    Jika ianya berjangkit pada ibu yang mengandung, ianya boleh menyebabkan keguguran atau kematian anak dalam kandungan.

    Pesakit yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk diubati. Pesakit yang lambat berubat akan mendapat komplikasi daripada sakit ini danjuga sakit-sakit lain yang timbul contohnya sakit jantung dan lumpuh.

 

botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)botdeco.gif (1923 bytes)

Sign Guestbook Guestbook by Lpage View Guestbook

Pertanyaan mengenai penyakit / komen / cadangan boleh
diajukan kepada lan@netcomuk.co.uk (sila rujuk disclaimer)
Author | Site officially opened on 27 Dec 1997.
Copyright 1997 & 1998 Ainix Online Medicine. All rights reserved